
Perangkap MautRamai yang tidak ambil kisah mengenai caj kat kredit. Yang penting "swipe" dulu, nanti bayar. Inilah perangkap pertama kad kredit yang masih tidak disedari ramai. Ramai yang hanya menyedari mereka telah terperangkap apabila mendapat "monthly statement berpuaka" dengan jumlah bayaran yang tidak dapat dibayar oleh mereka. Maka dari situ bermulalah episod "minimum payment" - bayar sikit-sikit.
Snowball
"Minimum payment" adalah perangkap kedua bagi kad kredit. Seseorang yang membayar kad kredit secara "Minimum payment" sebenarnya telah membuat satu komitment hutang dengan harapan gajinya pada bulan depan mencukupi untuk membayar hutang tersebut. Malangnya mereka tetap terus meng"caj" kad kredit mereka walaupun menyedari komitment tadi belum selesai.. Akhirnya hutang kad kredit bertambah-tambah, seolah-olah seperti snowball yang makin membesar..
Memahami Caj Kad Kredit
Prangkap maut ini hanya dapat dielak jika anda memahami caj kad kredit. Selagi anda menggunakan kad kredit secara berhemat dan menjelaskan bayaran dalam tempoh yang diberikan, anda tidak perlu risau dengan caj-caj yang bakal menjadi perangkap maut hutang kad kredit.
Berikut adalah caj-caj yang lazim dikenakan ke atas anda:
Yuran penyertaan
Pengeluar kad kredit mungkin akan mengenakan yuran penyertaan kad kredit. Bayaran ini dikenakan sekali sahaja. Yuran ini mungkin berbeza antara satu institusi pengeluar kad kredit dengan yang lain.
Sesetengah pihak pengeluar kad kredit telah memansuhkan caj ini sebagai bentuk promosi mereka.
Yuran tahunan
Ini adalah yuran sama rata yang perlu dibayar setahun sekali. Anda dikehendaki membayar yuran tersebut walaupun anda tidak pernah menggunakan kad kredit anda. Yuran tahunan biasanya adalah didalam lingkungan RM60 hingga RM90 untuk kad klasik dan RM130 hingga RM195 untuk kad emas.
Caj kewangan (faedah)
Ini adalah caj yang dikenakan kepada anda oleh pengeluar kad kredit ke atas baki yang tidak dijelaskan selepas tarikh tamat tempoh. Caj ini biasanya dikira berdasarkan baki harian. Anda dinasihatkan supaya meminta pengeluar kad kredit anda memberi penjelasan mengenai kaedah yang digunakan untuk mengira caj kewangan ini kerana jumlahnya akan bertambah sekiranya anda tidak membuat pembayaran dalam tempoh yang ditetapkan.
| Rekod Pembayaran Balik | Kadar Faedah | |||||||||||||||||||
|
| |||||||||||||||||||
|
| |||||||||||||||||||
|
|
Yuran pendahuluan wang tunai
Ini adalah yuran yang dikenakan bagi setiap kali pendahuluan wang tunai diperoleh. Yuran ini biasanya 3% hingga 5% daripada jumlah pendahuluan wang tunai yang diambil dan merupakan
tambahan kepada caj kewangan yang dikenakan ke atas jumlah pendahuluan yang diberikan kepada anda. Caj kewangan dikira bermula daripada tarikh wang tersebut diambil atau apabila jumlah tersebut tercatat ke dalam akaun kad kredit anda. Jumlah pendahuluan wang tunai ini mungkin dihadkan untuk setiap pelanggan.
Caj bayaran lewat
Ini adalah caj yang dikenakan jika anda gagal untuk menjelaskan sekurangkurangnya jumlah bulanan minimum sebelum tarikh yang ditetapkan. Jika pembayaran dibuat selepas tempoh tanpa faedah berakhir, anda bukan sahaja dikenakan caj kewangan ke atas baki belum jelas tetapi juga caj bayar lewat ke atas jumlah bayaran minimum bulanan.
Bagaimana Mengelak Perangkap Maut
Strategi pemasaran kad kredit adalah semakin agresif dan inovatif untuk menggoda pemegang kad kredit agar tidak membayar baki belum jelas sepenuhnya dan sentiasa meninggalkan baki bulanan. Peminjam atau ‘pemusing’ ini mungkin beranggapan bahawa ianya lebih bermanfaat dan selesa dengan hanya membayar amaun bulanan minimum sahaja, tetapi hakikatnya adalah sebaliknya.
Anda harus menyedari akibat membuat pembayaran sebelum tarikh tamat tempoh berakhir setiap bulan mengikut amaun minimum. Anda bukan sahaja dikenakan caj faedah yang bertambah bahkan tempoh pembayaran balik turut bertambah. Ramai yang tidak menyedari kesan menambah baki bulanan kad kredit sehingga mereka menghadapi bebanan hutang yang banyak.
Sebagai contoh, jika baki belum jelas anda ialah RM1,000 dan anda hanya menjelaskan bayaran bulanan minimum, anda akan mengambil masa selama 5.8 tahun untuk menjelaskan kesemua
hutang anda, di mana jumlah faedah yang dikenakan adalah RM382, berdasarkan kadar faedah sebanyak 18% setahun.
Casino Games At JMH Gaming | JetVac
ReplyDeleteJetVac's gaming portfolio includes classic slot 강원도 출장안마 machine 안산 출장안마 titles 춘천 출장마사지 like 충청남도 출장안마 the Buffalo, Buffalo 진주 출장안마 Wild, and the latest release Wild and Lucky Day, all featuring